follow us

Sistem pendidikan di Malaysia

Pilihan Pembaca

Sistem pendidikan di Malaysia


Anak-anak Malaysia
          '
 Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. Perkembangan negara melangkah ke fasa baru pembangunan adalah untuk merealisasikan aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju tahun 2020.            

Baca Juga: Sistem Pendidikan di Jerman

Berpandukan Misi Nasional iaitu merupakan dasar dan rangka kerja perlaksanaan yang bertujuan meningkatkan prestasi dan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rencana terperinci lima tahun pertama Misi Nasional yang menggariskan dasar dan program utama ke arah mencapai teras dan objektif misi tersebut. Perkembangan pendidikan negara telah membawa kepada pertumbuhan, daya saing dan kedinamikan bidang pendidikan negara. Berdasarkan Misi Nasional dan kesedaran betapa pentingnya usaha bersama dalam memastikan pencapaian misi tersebut yang selaras dengan tema RMK9 iaitu “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Misi Nasional ini mempunyai cabaran yang mendalam dalam merealisasikan matlamat teras-teras yang telah ditetapkan.

       Pendidikan di Malaysia menitik beratkan usaha berterusan bagimeningkatkan mutu pendidikan negara yang mampu bersaing di peringkat global. berbagai dasar dan sistem dibentuk bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Usaha-usaha berterusan dilaksanakan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan perpaduan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelik (JERI). Perlaksanaan usaha-usaha ini memerlukan perpaduan dan perlaksanaan yang seragam dari semua pihak. Usaha-usaha seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Usaha dalam meningkatkan mutu pendidikan negara memerlukan perancangan yang strategi, serta dasar perlaksanaan yang disusun dan diperkemaskan mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pelarasan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.



SImak Juga:

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Buka Komentar